Tuesday, 19 February 2013

Germany : Pengembaraan bermula

Alkisah..masa 31/1/13 patutnya memanglah hari kita berangkat ke Germany. Dah apply half day. Datang paginya untuk settlekan kerja-kerja sebelum petangnya tu balik rumah untuk berehat dan bersiap-siap. Pagi tu macam biasalah, siap ke tempat kerja macam biasa. Sampai sana, buat kerja sampai pukul 12 tengahari. Tiba-tiba kawan call ajak makan sekali. Ouh, okla. Setuju.

Sebabnya ingat nak cari stokin tambah untuk ke sana. Panik jugala sebab kawan-kawan yang pernah ke sana semua cakap sejuk. Pakai stokin berlapis-lapis masa tidur. Kepalapun bertutup bagai. Sejuk katanya. Kawan cakap makan kat Tesco. Kita ok je. Tak kisah sangat asal makan. Dalam kepala, bercadang-cadang kalau sempat lepas makan nanti boleh singgah kedai jual stokin.

Dah makan apa semua, dapat juga jenguk kedai stokin. Pilih-pilih mana berkenan dan bayar. Kemudian, balik semula ke tempat kerja. Yang nak dijadikan cerita tu, hari tu jugala terlupa bawa kunci laci meja. Dahla barang-barang penting yang nak bawa ada dalam tu. Jadi, lepas makan, balik ambil kereta dan balik rumah ambil kunci.

Dah ambil kunci, balik semula ke tempat kerja. Sampai sana, masih ada lagi kerja yang belum settle. Ada lagi yang belum hand over kepada si pengganti semasa kita tak ada. Untuk makluman, kerja kita ni tak boleh tinggal. Kalau cuti panjang macam ni, kena ada orang ganti. Kalau tak macam-macam masalah timbul. Ambil masa sikit, tulis list siap pesan bagai untuk orang bawah dan pengganti.

Dalam 3.30 petang, baru balik rumah. Dah lambat dari plan asal. mak dengan abah dah asyik mesej, call tanya risaukan kita. Dah sampai rumah dalam 3.45 petang macam tu, rehat kejap. Kemudian, masuk solat Zohor. Amacam, lewat kan. Tak sedar diri langsung. Masih tak berubah-ubah dari dulu. Macam ni la perangai kita. Suka sangat bertangguh.

Dah siap solat, mula pack barang. Dah siap pack, try dirikan beg. Tapi nampak macam nak terjatuh. Jadi, mak cadangkan ambil beg dia bawa masa pergi haji dulu. Over tau! Over kan?

Pergi naik atas, ambil beg mak dan alih semua barang ke dalam beg tu. Bagus juga, rasa macam luas sikit. Bila tengok isi dalam beg macam tak padat, otak mula psiko. Konon, beg ni tak penuh dengan barang, jadi beg mesti ringan. Psiko sangat kan?

Petangnya, masuk Asar. Pergi mandi, solat dan siap-siap. Dah tu, makan nasi dulu. masa tangah makan, kawan ynag nak pergi sama call. First call, kita tak angkat. Second call, angkat tak angkat sama je. Tapi rasa serba salah juga, tak angkat nanti dia risau, tak baik. Jadi, jawabla telefon. Dia kata dia dah sampai dan tanya kita kat mana.

"On the way", jawab kita. Mulut ni laju je nak tipu orang. Tapi, kita tipu sunat. Tak nak kawan risau kan.. Dalam pukul 6 petang lebih, baru bertolak dari rumah. Masa sampai tol jambatan, tengok traffic ok lagi. Keluar tol, mak aii.. banyak pula kereta. Bersusun. Tapi, Alhamdulillah. Kereta masih boleh bergerak walaupun tak laju macam biasa. Sampai ke depan, lane bertentang yang ada accident. Sabar jela.

Akhirnya, sampai juga kita kat airport. Elok-elok pukul 7.15 malam, waktu check-in counter dibuka. Call kawan, suruh tunggu dekat kaunter. Kita kat sana. Abah pula rajin pergi tolong wrapkan beg kita. Huhu.. :)
Bila jumpa kawan, dia bawa beg satu je, tupun kecik dari kita punya. Kita bawa 2 beg, 1 untuk dropkan dalam perut kapal terbang (saiznya lebih besar dari kawan kita punya) dan 1 lagi untuk bawa naik atas.

Semunya sebab kita ingat sparekan baju sejuk dalam tu, tak nak pegang-pegang. Leceh. Lagi ada baju 1, tuala kecil 1 untuk kecemasan kalau terjadi apa-apa. Dah siap check-in, pergi solat. Buat jamak siap-siap. Kemudian, masuk dalam. Mak dengan abahpun masuk sekali. Abah kerja MAB. Jadi ada pass masuk. Mak punya abah ambil dekat kaunter. Bahagian pekerja punya. Jadi, dapatla sembang-sembang lagi sementara tunggu pukul 9.15 malam.
Keadaan trafik selepas bayar tol




Thursday, 14 February 2013

14 Februari 2013

Hari ni kita dapat surat. Berita gembira.

Bakal terima kuncirumah pertama kita !!!

Dah setahun tunggu..

Sunday, 10 February 2013

Najib dan Iklan TV

Huh..tajuk yang sangat poyo... Sejak akhir-akhir ni makin meluat pulak kita tengok Najib ni. Taula dah dekat dengan PRU, tapi janganla melampau. Rasa melampau sangat bila tengok PM yang gilakan glemer sehinggakan berlakon iklan.

Dah banyak iklan ada muka dia.. Cuba-cubala berjimat sikit. Setiap kali kita tengok iklan, makin geram kita. Yalah, bila laporan kewangan tahunan, asal cakap keadaan negara stabil, ekonomi makin berkembang..blabla..suma bagus bab ekonomi ni.

Mana ada PM berlakon iklan kat dunia ni.. Sangat tak professional okeyh. Kalaupun mahu sokongan rakyat, sokongan kaum-kaum lain kat Malaysia ni (maklum Malaysia sangat harmoni dengan kepelbagaian bangsa yang menghuni), buatla kerja kau. Jangan cari populariti yang sangat murah macam ni.

Kita sangat marah sebab bila PR kata nak jadikan Malaysia ni negara kebajikan, dengan lantangnya BN kata "No way!!". Tapi, bila makin lama kita tengok, sekarang ni siapa yang gunakan duit negara untuk buat kebajikan, bukan lagi kebajikan, ni kemurahan hati yang sangat melampau. Dengan BR1M, PR1MA, BL1M dan macam-macam lagi.

Ditambah dengan keadaan yang semakin hampir dengan PRU, kita lihat makin banyak skim-skim yang diwujudkan seola-olah kerajaan sangat prihatin dengan kebajikan rakyat. Kadang-kadang diakui, BR1M tu sedikit sebanyak membantu golongan miskin dan sederhana. Tapi, sangat tak puas hati seolah-olahnya kau mewujudkan segala bantuan ni sesuka hati.

Macam tak ada penilaian dari segi baik buruknya, masalah-masalah yan akan timbul. Sekalian rakyat yang prihatin sangat tahu keadaan ekonomi Malaysia, bebanan hutang yang makin tinggi yang perlu ditanggung oleh rakyat. Tak perlu kita nak keluarkan fakta-fakta yang telah tersebar. Cukup sekadar melihat nilai mata wang Ringgit Malaysia kita.

Apa barang yang kita boleh beli dengan RM50 jika dibandingkan pada 1990-an dengan tahun 2013? Bagi kita sangat terkesan ok. Walaupun masih bujang dan belum berkahwin, tapi bahangnya sudah terasa. Sekarang kita boleh tengok berapa banyak perniagaan sampingan yang dijalankan oleh rakyat Malaysia? Semua bukannya mengejar kemewahan, tapi terpaksa bekerja demi menampung taraf hidup yang makin tinggi di Malaysia.

p/s : Kita nak PRU13 kali ni PR menang. Sangat tak puas hati dengan kronisme di Malaysia yang gila dan tamakkan kekayaan hasil bumi Malaysia. Kita mahukan perubahan !!!