Sunday, 30 December 2012

Kenang Budi

Hari ini rasa sangat 'berangin' start dari semalam. Sebabnya, kita tak suka kalau orang suka desak kita. Call dan sms tak henti-henti.

Kisahnya, kita pergi satu tempat ni, buat consultant tentang masalah kita. Kita dah spend begitu banyak duit kat tempat tu. Masalah kita tu nampak ada berkurang tapi belum lagi pulih sepenuhnya. Setiap kali nak habis rawatan, orang ni asyikla suruh kita top up lagi dengan alasan kenapa nak berhenti, sedangkan dah nampak perubahan. Kalau berhenti, nanti masalah tu jadi balik, katanya.

Kitapun fikir, dah alang-alang, sambung sampai habis. Kita tengok result dia nanti macam mana. Dah banyak kita spend sampaila yang terakhir ni.

Dia minta kita bayar lagi. Dia cakap, kalau ada masalah, boleh bayar ansur-ansur. Kita mula-mula kata boleh ambil. Datang lagi sekali, kita cakap tak boleh ambillah. Dah banyak ambil dengan dia. Dia balas, tak bolehlah. Dia dah masuk system dan tak boleh cancel lagi. Dia cakap lagi, bolehla, tolong dia. Kesian punya pasal, setuju.

Bila kita setuju, kita ingat dah bolehla bayar ansur-ansur. Tapi, silap. Tiap-tiap kali kita pergi consult, mesti tanya bila nak bayar. Bila boleh bayar. Asyik tanya. Bila dapat gaji, kita bayar separuh. Separuh lagi, nak bayar bulan depan.

Hari Sabtu lepas, pergi buat consultant. Dia tanya lagi, boleh bayar hari ni. Kita jawab kita dah transfer tapi separuh saja. Separuh lagi, bulan depan. Tak boleh, dia jawab. Dia suruh kita settle juga hari tu. Dia cakap, tak boleh delay, company dia nak tutup akaun. Lagipun, dia cakap dia dah tolong kita banyak kali.

Dalam hati cakap, sejak bila aku suruh kau tolonh aku. Aku takde minta kau tolong. Apa yang aku ada, aku bayar, kau buat jela.

Setiap kali dia cakap apa-apa, dia mesti kata kita dah janji dengan dia. Selalu kita mungkir janji. Sejak bila kita janji. Kita cuma jawab, kita boleh bayar tapi tak cakappun sekian-sekian tarikh atau apa-apa yang lebih specific ataupun sebut janji bila kita jawab kat dia.

Kadang-kadang, sapa yang janji. Dia yang janji kita macam-macam, tapi last sekali, dia yang mungkir janji.

p/s : Cakap tak serupa bikin punya cina. Harap sampai hari last consultant, aku tak jumpa kau dah. Benci !!

Tuesday, 25 December 2012

Baju Kurung Cotton

Start awal tahun ni, beli banyak pasang kain cotton untuk dibuat baju. Semuanya baju kurung. Sekarang fikir, baju yang lama-lama tu masih elok, belum reputpun lagi. Bila tengok, sayang nak buang. Kalau nak sedekah, ada lagi ke orang nak terima baju-baju kurung ni. Ada lagi ke orang nak pakai.

Bila start beli kain cotton ni, satu je harapan. Bila dah lama pakai, tentu nampak lusuh. Kemudian takdela sayang bila nak buang. Huhu.. Lagi satu, bila buang tu, takdela rasa bersalah sangat dengan bumi. Sebab kai cotton boleh reput. Kalau kain selalu tu jenis polyester, tak reput sampai bila-bila kecuali dibakar.

Jadi, sekarang ni dah ada lebih dari 10 pasang baju kurung cotton. Kalau dicampur dengan baju kurung yang lain-lain, adalah lebih kurang 50 pasang.

p/s : Azam tahun depan nak tambah lagi koleksi baju kurung cotton kita  :)

Monday, 24 December 2012

Bajet Bulanan

Hari ni, ada terlihat sesuatu di FB yang menarik untuk dikongsi bersama. Kebanyakkan kita adalah bekerja makan gaji, hanya segelintir yang bekerja sendiri. Ada juga yang buat kedua-duanya. Yalah, dengan keadaan sekarang ni, kos hidup yang tinggi, agak 'menyesakkan nafas' masing-masing bila lihat bil-bil perbelanjaan bulanan.

Tak mahu membebel panjang, cukuplah gambar di bawah sebagai panduan untuk menguruskan wang kita setiap bulan. Semoga ada yang boleh dibantu.

Pembahagian pendapatan atau gaji bulanan oleh pembaca buku Menguruskan Wang Dari Sekarang (ihsan FB)

p/s : Urus wang anda dengan bijak :)

Sunday, 23 December 2012

Peplum dan Pashmina

Huhu..Sekarang ni trend peplum katanya. Bila ingat balik, lebih kurang start raya hari tu orang gilakan peplum ni. Peplum bagi kita sangat cantik. Bila tengok dalam blog atau mana-mana gambar yang diupload ataupun design peplum terbaru sama ada untuk pakaian biasa ataupun ke majlis-majlis tertentu, dalam hati kata cantiknya orang tu pakai. Kalau patung pakai tak nampak cantikpun, kata orang tak nampak hidup.

Dalam orang gila pakai peplum ni, kita satu helaipun tak beli ataupun tak ada langsung. Rasa tak confident nak pakai. Terbayang-bayang sendiri kalau pakai, waa..huduhnya. Rasa macam nanti nampak gemuk, punggung lebar, pinggang tak ramping..semua yang tak cantikla tentang kita bila pakai peplum ni.

Tapi yang bestnya tentang peplum ni, ianya sangat flexible, sesuai untuk dipadankan dengan apa-apa saja tak kira skirt labuh, skirt pendek ala pencil cutting, seluar, sedondon atau tak, semua boleh. Jeles tengok orang kurus, pakai apapun nampak cantik saja. Huwaa..bila nak kurus ni?! Badan asyik naik turun naik turun naik. Tapi turunnya tak macam yang kita nak.

Masa company buat Safety and Health Awareness Week, ada sesi medical check up. Masa buat tu, result yang lain semua okay saja, tapi bila kat BMI, gemuk. Berat ideal adalah kurang dari 51kg, tapi sekarang 56kg. 5kg lagi kena hilangkan. Huhh!

Peplum dress yang sangat cantik (ihsan Google)

Kisah Pashmina, semenjak kerja ni, dah kurang pakai pashmina atau shawl. Semuanya gara-gara panas. Terasa panas bila belit-belit ni. Sekarangpun, cari tudung yang simple saja. Pakai tudung ekspres saja, ataupun kadang-kadang Bawal. Bawalpun kalau rajin, bangun awal dan ada masa untuk iron.

Kalau dulu, masa awal-awal kerja rajin jugala pakai pashmina atau shawl ke tempat kerja. Tapi bila dah semakin banyak komitmen ni, cari yang simple dan selesa saja.

Kadang-kadang, rindu nak pakai pashmina tu datang juga. Tapi bila teringatkan rambu-rambu kat hujung pashmina tu, rasa malas dn tak best pula. Sekarang ni, ingat nak berubahla juga, nak cari tudung yang tutup aurat, atau paling kurangpun yang tak jarang. Bawalkan jarang. Tapi bila tengok kawan upload design terbaru bawal, tangan rasa gatal saja nak order.

Selalu kita beli Bawal dekat sini Bawalovers.

p/s : Doakan kita untuk berubah ke arah yang lebih baik :)

Sunday, 9 December 2012

Collagen dan GDex (Part II)

Esknya, kita call no yang tokey collagen kasi kat kita. Call, no KL dan dapat jawapan dari KL. Jawapannya, bila suruh check tracking yang di bagi, "Oh, tak jumpala nombor ni. Tak ada dalam sistem." Kita dah sedikit kecewa. Mana mungkin tracking no yang dibagi salah.

Call kali ke-2 nombor yang sama. Jawapan yang diterima, "Barng ada kat Tawau." Jadi, kita minta no GDex   Tawau. Dalam hati, "Haish, dah lama ni, takkan barang masih kat Tawau". Rasa terang-terang kita bagitau alamat kat tokey kata hantar ke Penang. Takkan orang GDex tak baca.

Kitapun call GDex Tawau. Jawapan dia, "Barang ada kat Penang. Orang GDex tak jumpa rumah". Minta no GDex Penang. Call GDex Penang. Rupanya no GDex sebelah pulau. Sedangkan alamat Butterworth, sebelah tanah besar. Minta pula no GDex sebelah Prai pula.

Call no yang diberi. Cakap tolong check tracking no ni. Perempuan dihujung talian jawab, "Ni UMW". Derrr..Geram gila.

Call lagi satu no, beza belakang xxxxxxx30 dengan xxxxxxx31. Baru sekelian kalinya, betul. Barang masih di GDex Prai. Tapi agak lama la juga nak dapat jawapan. Cakap main-main, suruh tunggu. Kemudian hilang. Call lagi sekali, baru dapat jawapan yang betul. Minta suruh hantarkan, jawapan diberi, "Kita akan arrange esok. Harini dah tak sempat". Finee..

Bila ditanya buka sampai pukul berapa kalau nak ambil sendiri, jawab sampai pukul 6 petang. Esoknya tunggu call kalau-kalau barang nak hantar hari tu. Call pertama, dapat jawab. Kita bagila petua ke rumah segala. Siap call mak kat rumah, bagitau nanti ada orang nak hantar barang.

Kemudian, sambung buat kerja. Agak petang sikit, nak call mak tanya. Tengok phone off. Huhh !!

On phone, tengok ada mesej. Miscall dari sekian-sekian no. Call balik no tu. Budak jawab. Tapi tak clear line. Jadi, mesej suruh budak tu hantar juga. Jawabnya tak sempat hari ni, kena pick up barang. Finee.. Pesan siap-siap hantar esok kat budak tu. Budak tu jawab ok.

Esok pagi, dapat call tanya petua jalan lagi. Jawabla sekian-sekian. Dalam hati, dah berharap yang phone takkan switch off lagi macam semalam. Tunggu call lagi. Mana tau kalo sesat jalan, tak jumpa jalan. Tak call sampai ke petang.

Balik kerja, terus tanya mak, "Ada barang sampai?". Jawab mak, "Ada. Tuu." Tanya lagi, "Pukul berapa dapat?". "Pukul 5 tadi", jawab mak. Dalam hati, call pukul 10 pagi tanya jalan ke rumah, pukul 5 petang ko hantar. WTH !!

Dari hari Isnin lagi, aku estimate hari Selasa palin lambat aku dapat barang. Yalah, dari Tawau ke Penang. Tapi, hari Jumaat baru dapat. Seminggu tu. Dalam hati sendiri, GDex ni tak ada internet ke nak cari alamat orang. At least, jalan ke kawasan rumah aku.

Tapi, ada lagi satu, tokey tu tulis no phone salah kat borang pos tu. Itulah sebabnya kenapa barang tu kita dapat lambat. Hurm...

Moral of the story : Jangan guna GDex. Eh, jangan order dengan tokey tu lagi. Huhu..


Thursday, 6 December 2012

Collagen dan GDex (Part I)

Hurm..hari ni nak cerita pasal Collagen.

Hari Jumaat lepas, kita pesan collagen dengan sorang mamat ni dari Tawau. Kita order 1kg kononnya nak dapat murah. Bila kita tau yang dia boleh supplykan kita dengan collage, kitapun terus order dan confirm kuantitinya. Lepas tu, terus buat payment. Order malam Jumaat, kita susru dia pos esoknya.

Pagi esoknya, mesejla tuan punya badan dekat tokey, duit dah transfer. Dan pagi tu lebih kurang pukul 9 ke pukul 10, tokey tanya alamat. Bagi alamat. Kemudian tak lama lepas tu, dia mesej dah pos. Kira siapla part dia. Dia dah hantar ke GDex. Masa ni kita belum tau lagi dia guna GDex. Ingat pos laju ke apa macam orang selalu guna Pos Malaysia.

Hati ini tunggula dengan sabarnya kat rumah. Yalah, order hari Jumaat, hari Sabtu dna Ahad kan cuti. Jadi agak-agak, dalam Selasa mungkin paling lambat kita dapat.

Tunggu hari Isnin, bila balik kerja, check dengan mak ada apa-apa sampai tak. Jawab mak, tak adapun. Sabar...

Esoknya, hari Selasa. Balik rumah tanya mak lagi, ada apa-apa sampai tak. Jawab mak, tak ada apa-apapun. Sabarrr...

Malamnya, dah nak tidur dah ni, masuk mesej dalam pukul 11 malam. Dari tokey yang kita order collagen tu. Dia bagitau tracking no dn susruh check dengan no fon yang dia bagi. Katanya, orang pos tak dapat cari rumah. Haish ! Sabar je lah. Tapi dalam hati ni dah geram la juga. Kan ke kita dah lama tunggu. Tup tup, hantar mesej malam-malam bagitau tracking no dan suruh kita call sendiri check dengan orang pos. Geramnya...

Doa Biar Khusus

Hari tu, ada sembang dngan mak, mak ada bagitau yang dia dengar ceramah seorang ustaz nih. Ustaz ni cakap kalau kita nak doa, sebaik-baiknya berdoalah dengan lebih khusus.

Contohnya, kalo nak minta dengan Allah masa lepas habis solat fardhu masa baca doa tu, kita ada nak minta pasal kerja. Jadi, mintalah, "Ya Allah, kurniakanlah aku pekerjaan yang bagi aku naik gaji cepat, naik pangkat cepat, nak gaji yang banyak."

Ustaz tu kata lagi, sebab dia doa secar khususla, isteri dia sekarang ni dia dapat sama macam apa yang dia minta.

Tapi, kalau dah minta secara khusus tu, kenalah yakin dengan apa yang kita minta. Kena juga usaha untuk capai cita-cita kita tu. Lagi satu, jangan mudah putus asa bila berdoa. Kadang-kadang kita rasa kita dah minta doa dah lama, tapi kenapa Allah belum makbulkan lagi. Tu tandanya, usaha dan doa kita belum cukup.

Bila kita dah berdoa, ingatlah adab-adab berdoa juga. Jangan sampai tak ada adab langsung.

First, kita ucapkanlah kata-kata pujian pada Allah dan para Rasul. Jangan lupa selawat ke atas kekasihNya. Kemudian, ucapkan kata-kata syukur atas nikmat yang kita terima. Lepas tu, sambunglah dengan segala hajat kita. Ucapkan dengan rasa rendah hati.

Perlu ingat, kita hamba sahaja. Kita perlu rendah diri dengan Pencipta kita.

Bila penutup, sekali lagi, ucapkan kata-kata pujian dan selawat ke atas nabi. Jangan lupa minta kesejahteraan kita dan juga sahabat-sahabat seperjuangan dan juga saudara seIslam.

Selamat beramal dan berdoa. Jangan putus asa okeh !!