Esknya, kita call no yang tokey collagen kasi kat kita. Call, no KL dan dapat jawapan dari KL. Jawapannya, bila suruh check tracking yang di bagi, "Oh, tak jumpala nombor ni. Tak ada dalam sistem." Kita dah sedikit kecewa. Mana mungkin tracking no yang dibagi salah.
Call kali ke-2 nombor yang sama. Jawapan yang diterima, "Barng ada kat Tawau." Jadi, kita minta no GDex Tawau. Dalam hati, "Haish, dah lama ni, takkan barang masih kat Tawau". Rasa terang-terang kita bagitau alamat kat tokey kata hantar ke Penang. Takkan orang GDex tak baca.
Kitapun call GDex Tawau. Jawapan dia, "Barang ada kat Penang. Orang GDex tak jumpa rumah". Minta no GDex Penang. Call GDex Penang. Rupanya no GDex sebelah pulau. Sedangkan alamat Butterworth, sebelah tanah besar. Minta pula no GDex sebelah Prai pula.
Call no yang diberi. Cakap tolong check tracking no ni. Perempuan dihujung talian jawab, "Ni UMW". Derrr..Geram gila.
Call lagi satu no, beza belakang xxxxxxx30 dengan xxxxxxx31. Baru sekelian kalinya, betul. Barang masih di GDex Prai. Tapi agak lama la juga nak dapat jawapan. Cakap main-main, suruh tunggu. Kemudian hilang. Call lagi sekali, baru dapat jawapan yang betul. Minta suruh hantarkan, jawapan diberi, "Kita akan arrange esok. Harini dah tak sempat". Finee..
Bila ditanya buka sampai pukul berapa kalau nak ambil sendiri, jawab sampai pukul 6 petang. Esoknya tunggu call kalau-kalau barang nak hantar hari tu. Call pertama, dapat jawab. Kita bagila petua ke rumah segala. Siap call mak kat rumah, bagitau nanti ada orang nak hantar barang.
Kemudian, sambung buat kerja. Agak petang sikit, nak call mak tanya. Tengok phone off. Huhh !!
On phone, tengok ada mesej. Miscall dari sekian-sekian no. Call balik no tu. Budak jawab. Tapi tak clear line. Jadi, mesej suruh budak tu hantar juga. Jawabnya tak sempat hari ni, kena pick up barang. Finee.. Pesan siap-siap hantar esok kat budak tu. Budak tu jawab ok.
Esok pagi, dapat call tanya petua jalan lagi. Jawabla sekian-sekian. Dalam hati, dah berharap yang phone takkan switch off lagi macam semalam. Tunggu call lagi. Mana tau kalo sesat jalan, tak jumpa jalan. Tak call sampai ke petang.
Balik kerja, terus tanya mak, "Ada barang sampai?". Jawab mak, "Ada. Tuu." Tanya lagi, "Pukul berapa dapat?". "Pukul 5 tadi", jawab mak. Dalam hati, call pukul 10 pagi tanya jalan ke rumah, pukul 5 petang ko hantar. WTH !!
Dari hari Isnin lagi, aku estimate hari Selasa palin lambat aku dapat barang. Yalah, dari Tawau ke Penang. Tapi, hari Jumaat baru dapat. Seminggu tu. Dalam hati sendiri, GDex ni tak ada internet ke nak cari alamat orang. At least, jalan ke kawasan rumah aku.
Tapi, ada lagi satu, tokey tu tulis no phone salah kat borang pos tu. Itulah sebabnya kenapa barang tu kita dapat lambat. Hurm...
Moral of the story : Jangan guna GDex. Eh, jangan order dengan tokey tu lagi. Huhu..
I wanted to thank you for this excellent read!! I definitely loved every little bit of it. I have you bookmarked your site to check out the new stuff you post. poslaju tracking
ReplyDelete