Hari tu, ada sembang dngan mak, mak ada bagitau yang dia dengar ceramah seorang ustaz nih. Ustaz ni cakap kalau kita nak doa, sebaik-baiknya berdoalah dengan lebih khusus.
Contohnya, kalo nak minta dengan Allah masa lepas habis solat fardhu masa baca doa tu, kita ada nak minta pasal kerja. Jadi, mintalah, "Ya Allah, kurniakanlah aku pekerjaan yang bagi aku naik gaji cepat, naik pangkat cepat, nak gaji yang banyak."
Ustaz tu kata lagi, sebab dia doa secar khususla, isteri dia sekarang ni dia dapat sama macam apa yang dia minta.
Tapi, kalau dah minta secara khusus tu, kenalah yakin dengan apa yang kita minta. Kena juga usaha untuk capai cita-cita kita tu. Lagi satu, jangan mudah putus asa bila berdoa. Kadang-kadang kita rasa kita dah minta doa dah lama, tapi kenapa Allah belum makbulkan lagi. Tu tandanya, usaha dan doa kita belum cukup.
Bila kita dah berdoa, ingatlah adab-adab berdoa juga. Jangan sampai tak ada adab langsung.
First, kita ucapkanlah kata-kata pujian pada Allah dan para Rasul. Jangan lupa selawat ke atas kekasihNya. Kemudian, ucapkan kata-kata syukur atas nikmat yang kita terima. Lepas tu, sambunglah dengan segala hajat kita. Ucapkan dengan rasa rendah hati.
Perlu ingat, kita hamba sahaja. Kita perlu rendah diri dengan Pencipta kita.
Bila penutup, sekali lagi, ucapkan kata-kata pujian dan selawat ke atas nabi. Jangan lupa minta kesejahteraan kita dan juga sahabat-sahabat seperjuangan dan juga saudara seIslam.
Selamat beramal dan berdoa. Jangan putus asa okeh !!
No comments:
Post a Comment