Thursday, 6 December 2012

Collagen dan GDex (Part I)

Hurm..hari ni nak cerita pasal Collagen.

Hari Jumaat lepas, kita pesan collagen dengan sorang mamat ni dari Tawau. Kita order 1kg kononnya nak dapat murah. Bila kita tau yang dia boleh supplykan kita dengan collage, kitapun terus order dan confirm kuantitinya. Lepas tu, terus buat payment. Order malam Jumaat, kita susru dia pos esoknya.

Pagi esoknya, mesejla tuan punya badan dekat tokey, duit dah transfer. Dan pagi tu lebih kurang pukul 9 ke pukul 10, tokey tanya alamat. Bagi alamat. Kemudian tak lama lepas tu, dia mesej dah pos. Kira siapla part dia. Dia dah hantar ke GDex. Masa ni kita belum tau lagi dia guna GDex. Ingat pos laju ke apa macam orang selalu guna Pos Malaysia.

Hati ini tunggula dengan sabarnya kat rumah. Yalah, order hari Jumaat, hari Sabtu dna Ahad kan cuti. Jadi agak-agak, dalam Selasa mungkin paling lambat kita dapat.

Tunggu hari Isnin, bila balik kerja, check dengan mak ada apa-apa sampai tak. Jawab mak, tak adapun. Sabar...

Esoknya, hari Selasa. Balik rumah tanya mak lagi, ada apa-apa sampai tak. Jawab mak, tak ada apa-apapun. Sabarrr...

Malamnya, dah nak tidur dah ni, masuk mesej dalam pukul 11 malam. Dari tokey yang kita order collagen tu. Dia bagitau tracking no dn susruh check dengan no fon yang dia bagi. Katanya, orang pos tak dapat cari rumah. Haish ! Sabar je lah. Tapi dalam hati ni dah geram la juga. Kan ke kita dah lama tunggu. Tup tup, hantar mesej malam-malam bagitau tracking no dan suruh kita call sendiri check dengan orang pos. Geramnya...

No comments:

Post a Comment