Thursday, 24 January 2013

Germany : Packing List

Hari ni nak cerita tentang persiapan kita ke Germany. Huwaa..dah la kita pergi time winter. Tak kisahla sebab kitapun agak excited nak tangok salji. Biasala..anak Malaysia, tinggal dalam cuaca panas sepanjang tahun. Tapiii...suhu yang bukan kita jangkakan, bawah 0 degree Celsius.

Semalam, petang kita ada telco dengan colleage kat Germany. Dia cakap sekarang suhu -6 degree Celsius. Siap pesan kita suruh bawa baju yang sesuai dengan cuaca sana. Kita dah berapa hari survey harga winter coat tu. Sangatla mahal. RM500++. Kalau stock lama adalah dalam RM200++. Masih mahal kan?

Bila kita tanya sale person dekat kedai tu, baju yang macam mana sesuai untuk suhu bawah 0 degree Celsius, dia cakap yang macam ni sambl tunjuk contoh. Lagi dia cakap, yang macam ni (sambil tunjuk contoh juga) sesuai untuk suhu sejuk biasa, atas 0 degree Celsius. Yang dia tunjuk tu macam trench coat. Selalu kalau tebgok cerita Korea, mesti nampak pelakon wanita dia pakai coat macam soft wool panjang sampai lutut.

Sangat cantik trench coat tu. Warna gelap, labuh sampai atas lutut. Ada belt. Sangat sesuai untuk orang kurus. Tapi.. harga dia..RM200++. Cakap pasal winter coat ni, masa pergi kedai jual barang untuk traveller, dia display winter coat paling baru, sangat cantik warna light purple pink gitu. Dahla kita minat warna purple, tak kisahla kalo warna ala-ala ke pink sikit. Asal masih nampak warna purple ja, suka ja hati ni.

Tapi tu la, harga dia sangat mahal. Kalau dapat pergi Germany tu sebulan lebih tu okayla juga. Kalau dalam seminggu tu, sangat tak berbaloi okay. Ataupun ko kerja selalu travel, tak kisahla jugek. Minta-minta ada rezeki lagi pergi travel ke mana-mana masa kerja. Sangat best. Kena pulak pergi ada sekali weekend. Ada juga masa untuk jalan-jalan kat sana.

Dalam pada tu, tercari-cari juga panduan travel untuk ke Germany. Jumpa kat satu website dan kita copy paste kat sini. Barang-barang yang perlu dibawa masa travel ke luar negara masa winter. Jangan main-main okay, selama ni paling sejukpun, hanya sejuk aircond kat office. Suhupun dalam 18 degree Celsius saja. Ni tiba-tiba pergi ke below 0 degree Celsius. Sejuk rasa macam tak tahu nak agak.

Benda paling sejuk yang ada kat rumahpun hanyalah peti ais saja, tu pun compartment kecik dinamakan freezer. Huahua..

Bawah senarai barang-barang yang wajib dan perlu dibawa. Membantulah juga list di bawah ni. Boleh ingatkan kita yang mana lupa.

Clothes
  • 1 rainproof jacket/small umbrella
  • 1 or 2 shorts/skirts
  • 1 thick sweater
  • 1 swimwear (some hotels may have pools)
  • 2 or 3 pairs of jeans
  • 2 or 3 T-shirts
  • Underwear (lots)
  • Socks (lots)
  • 2 or 3 casual shirts
  • Trousers
  • Dresses
  • 1 set of smart clothes (eg tie, blazer, jacket or suit for evenings out while on tour)
  • 1 thick, warm jacket
  • scarf, gloves and warm winter hat

Shoes

  • Comfortable walking shoes – waterproof if possible – snow is cold and wet
  • Thongs/flipflops/sandals
  • ‘Going out’ shoes

Toiletries

  • Toiletry bag
  • Toothpaste, Toothbrush, Deodorant
  • Make up, moisturizers and hair products
  • Suntan lotion – just because it’s cold doesn’t mean there is no sun
  • Handkerchiefs/tissues
  • Insect repellent
  • Lip balm

Miscellaneous

  • Travel Clock
  • Sunglasses
  • Plastic bags
  • Washing powder
  • Sewing kit
  • Aspirins/medications
  • Pens and writing materials
  • Rechargeable phone card
  • Power adapters
  • Day bag
  • Overnight bag
Label your suitcase inside and out with your name and your home address and perhaps attach a sticker, ribbon, patch or other unique identifier to your luggage to make it easier to spot.
Carry a copy of your passportvisas, travel and other important documents as well as your travellers cheque numbers (if you use them) with you in your luggage. You should also leave a copy of all this information at home 

Bawah senarai barang-barang yang wajib dan perlu dibawa. Membantulah juga list di bawah ni. Boleh ingatkan kita yang mana lupa

p/s : Doakan perjalanan pergi dan balik kita selamat..

Monday, 21 January 2013

Germany : What To Expect And Not To Expect

Huh.. hari Khamis lepas, baru dapat tau yang kita kena pergi ke Germany. Semua tiket dah book.InshaAllah, 31/1/13 ni akan berangkat dari Penang. Perjalanan yang panjang, Penang - Singapore - Frankfurt - Hannover. Dan akan pulang pada 6/2/13. Perjalanan pulang pula, Hannover - Frankfurt - Singapore - KL - Penang. Huwaa..faham-faham jela kalau dah dekat raya cina.

Sepatutnya pergi 1/2/13 dan balik 7/2/13, tapi bila tengik tiket 7/2/13 tu dah habis, terpaksa tukar tarikh ke depan. Jadi awal sehari.

2,3 hari ni adala juga tengok weather forecast, suhu kat sana dijangka -3 hingga 3 Celsius. Sejuk tu. Hari Ahad buka, suhu kat Germany hari tu, lowest adalah -6 Celsius.

Bila da dapat tahu nak kena pergi sana, tercari-carila juga kat mana ada jual winter coat. Hari Sabtu lepas, pergi Aeon Perda, tengok kat display tu terus berkenan. Masuk dalam, beranikan dirila juga, sebab nak tengok harga. Boleh tahan, RM500++. Bila tanya, latest design katanya. Tengok-tengok lagi, ada dekat tempat gantung-ganting tu tunjuk ada diskaun. Tapi, bila ditanya, jawapan yang dapat, yang tu lama punya.

Bila tengok, belek-belek, tak berapa cantik kalau dibandingkan dengan yang 1st berkenan tu. Nampak agak lusuh.

Hari ni, amik 1/2 day. Pagi-pagi pergi imigresen, nak renew passport. Sebabnyapun, kurang dari 6 bulan. Undang-undang Malaysia, kalau passport tamat tempoh kurang dari 6 bulan, kita tak dibenarkan ke luar negara.

Oklah, nanti sambung lagi cerita Germany..

Wednesday, 16 January 2013

Pink dan Perempuan



Entry hari ni mengenai pink dan perempuan. Sudah lama perasan kebanyakan perempuan sangat sukakan warna pink. Hairan jugak, apa yang cantiknya pink. Kalo terang sangatpink, sakit mata. Kalau pale pink, sangat buruk.

Dari sekolah tadika sampaila dah kerja ni, masih jumpa lagi perempuan yang sukakan pink. Budak-budak, remaja perempuan tu rasany okay lagi. Tapi, bila mak orangpun masih minat pink, agak hairan.

Bila tengok balik, kawan-kawan yang suka pink akan suka juga dengan Hello Kitty. Yela, tahu.. Hello Kitty tu comel. Tapi bila sampai dalam kereta ada patung Hello Kitty 3 ekor gantung kat cermin belakang Myvi, sekor-sekor besar bola plastik budak-budak main, ape kejadahnya.. Semak weii..

Bila dah minat pink, sekali tengok diorang ni sangat obses okay.. Baju pink, kasut pink, laptop pink, bilik pink, cadar pink.. Huii..Berpinau mata pink semua bila tengok. Lagi satu, kalau dah minat sangat pink tu, kita boleh tengok golongan ni akan buat seperti di bawah :

1. Lekat sticker Miss Pinky besar-besar kat badan kereta



2. Nama FB ada tulis Pinky kat belakang, contoh, Fieza Pinky.. What?!!

3. Blog url ada Pinky, Pinkie..blablablaPink

4. Template blog, warna font semua pink

5. Bilik dicat warna pink, cadar pink, almari pink..



6. Beli barang-barang kiut-miut warna pink kalau jumpa masa shopping



Tu saja..dalam 6 point kat atas, sikit saja..ada bnyak lagi boleh dikaitkan bila cakap pasal Pink dan Perempuan..huhu




Wednesday, 9 January 2013

Post di Facebook

Kadang-kadang kita rasa suka, menyampah pun ada tengok kawan-kawan Fb post status. Semuanya masuk dalam Home.

Jenis-jenis post di Fb :

1. Jenis yang bermanfaat

Kalau status tu, ada saja kata-kata nasihat, kata-kata yang baik yang boleh dijadikan renungan. Sama ada untuk diambil sebagai pengajaran ataupun teladan. Ada juga yang ambil post-post dari orang-orang terkenal seperti UAI, Suzardi Pakdi mahupun fanpage-fanpage Islamic gitu. Jadi, adalah juga pengisian jiwa untuk hari itu kalau kita baca.

2. Jenis tak ada kerja

Jenis macam ni, semua benda yang dibuatpun nak bagitau orang. Benda yang dia terfikir, teringatpun dia nak post. Padahal bukan penting, malah menyemak dekat home kita dengan status-status dia tuh.

3. Jenis promote atau jual barang

Jenis ni, kalau asyik la post barang-barang yang dia jual, promosi sana-sini, memangla kawan-kawan jauhkan diri. Kemudian, post dekat wall, apasal kawan-kawan dah kurang ataupun tak tegur dia dah. Lolz, lu pikirla sendiri.. Kalau lu nak jual barang, buatla page lain, yang ada jual barang-barang, join group orang berniaga, kat situ lu nak post berapa banyak lu punya barang yang lu jualpun orang tak heran.

4. Jenis pemberitahuan

Kadang-kadang Fb ni berguna kalau nak contact balik kawan-kawan lama. Kita boleh jumpa status yang ada update pasal-pasal tertentu. Contohnya, apa yang sedang terjadi dekat negara jiran kita. Ada juga yang kita boleh tahu keadaan terkini kawan kita bila dia masuk hospital, dia accident atau bersalin, dah selamat ke belum.

5. Jenis menunjuk-nunjuk

Jenis ni memang tak boleh blah. Mungkin niat dia setakat nak share, tapi bila dah kerap, kita rasa lain macam pulak. Kita tahula dia dah kahwin, dah ada anak dan hidup bahagia bersama laki tercinta. Tapi, tak perlula nak update hari-hari tunjuk yang kita sayang suami kita, ayat bunga-bunga, tunjuk macam kitalah yang terbaik segala-galanya. Kitalah orang yang paling bahagia. Dari rasa tumpang seronok, gembira tengok dia bahagia, dah jadi lain. Menyampah pulak bila tengok. Kalau tiap-tiap hari update ayat putus cinta tu bab lain.


Setakat ni saja idea kita, nanti bila ada lagi, kita sambung.

p/s : Kalau kita bahagia atau sedih, cukup-cukupla sekadar berkongsi sedikit. Jangan terlalu tunjuk yang kita bahagia, takut nanti ada yang tak senang hati dan mula merancang macam-macam. WallahuA'lam.


Sunday, 6 January 2013

Doa Untuk Nenek

Pagi 4 Januari 2013, dapat call dari sepupu. Dalam pukul 5.08pagi. Dalam keadaan sedar dan masih mengantuk, beliau memberitahu pemergian nenek ke Rahmatullah.

Diakui, ya, kita tak terkesan apa-apa dengan berita tersebut. Sementelah, aku cuma cucu tiri sahaja. Hubungan yang dikira tidak rapat. Yalah, ingin bermanja seperti cucu-cucu yang lain, mana mungkin. Status cucu tiri.

Memiliki 2 orang datuk dan 4 orang nenek bukan bermakna sesuatu yang boleh digembirakan. Lahir tanpa melihat datuk dan nenek sendiri di sebelah mak, dan hanya tinggal nenek tiri. Lain rasanya. Keadaan geografi yang jauh menjarakkan lagi hubungan kami.

Tetapi, dia yang kukenali, sangat lembut tutur katanya, berbudi bahasa orangnya. Lihat sahaja anak-anak yang dibesarkan olehnya, semuanya membanggakan. Dari segi akedemik, kerjaya mahupun budi bicara mereka.

Dia tahu suaminya pernah berkahwin sebelum berkahwin lagi dengannya. Dia berjumpa anak tirinya setelah suaminya meninggal dunia. Tapi, layanan yang diberikan seolah-olah telah kenal lama. Sering bercerita kisah-kisah lama, kisah-kisahnya bersama arwah suaminya yang juga datukku. Hanya dari cerita sahaja dapat kukenali bagaimana datukku ketika hidupnya.

Mendengar cerita, diketahui betapa dalam cinta dan sayangnya terhadap datuk. Bercerita, hampir setiap  malam bermimpi jumpakan datuk. Bagiku, datuk sangat bertuah berkahwin dengannya. Walaupun, sudah lebih 30 tahun datuk meninggal dunia.

Setelah sakit sekian lama, strok kali ke-3 akhirnya membawa nenek mengadap Ilahi. Kudoakan nenek bahagia di sana. Mungkin rindu nenek pada datuk dah sampai ke puncaknya. Semoga roh nenek ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Ameen...

p/s : Al-Fatihah buat nenek.

Tuesday, 1 January 2013

Tahun Baru 2013


Selamat Tahun Baru 2013 !!! :)

Dengan tahun baru ni, haruslah ada azam baru.

Azam baru tahun ini mengikut kategori..huhu :

1) Sebagai anak

- mesti nak jadi anak solehah
- tolong mak abah
- balas jasa mak abah

2) Diri sendiri

- jadi Muslim yang lebih baik
- belajar ilmu agama dan tambah ilmu dunia
- jadi rajin dan lebih rajin
- jangan bertangguh (wajib buat)

3) Kewangan

- tambah ilmu kewangan dan pelaburan
- start bisnes kecil-kecil
- berjimat-cermat

4) Kerja

- jadi pekerja yang produktif
- tambah ilmu tentang skop kerja

Juga, hadiah untuk diri sendiri untuk tahun 2013 :

- Mitsubishi Mirage
- Toshiba Ultrabook
- iPhone 5
- rumah
- pergi melancong
- pergi kursus Pakdi

p/s : Semoga semua azam dan impian tahun 2013 tercapai :) Amenn..