Sunday, 6 January 2013

Doa Untuk Nenek

Pagi 4 Januari 2013, dapat call dari sepupu. Dalam pukul 5.08pagi. Dalam keadaan sedar dan masih mengantuk, beliau memberitahu pemergian nenek ke Rahmatullah.

Diakui, ya, kita tak terkesan apa-apa dengan berita tersebut. Sementelah, aku cuma cucu tiri sahaja. Hubungan yang dikira tidak rapat. Yalah, ingin bermanja seperti cucu-cucu yang lain, mana mungkin. Status cucu tiri.

Memiliki 2 orang datuk dan 4 orang nenek bukan bermakna sesuatu yang boleh digembirakan. Lahir tanpa melihat datuk dan nenek sendiri di sebelah mak, dan hanya tinggal nenek tiri. Lain rasanya. Keadaan geografi yang jauh menjarakkan lagi hubungan kami.

Tetapi, dia yang kukenali, sangat lembut tutur katanya, berbudi bahasa orangnya. Lihat sahaja anak-anak yang dibesarkan olehnya, semuanya membanggakan. Dari segi akedemik, kerjaya mahupun budi bicara mereka.

Dia tahu suaminya pernah berkahwin sebelum berkahwin lagi dengannya. Dia berjumpa anak tirinya setelah suaminya meninggal dunia. Tapi, layanan yang diberikan seolah-olah telah kenal lama. Sering bercerita kisah-kisah lama, kisah-kisahnya bersama arwah suaminya yang juga datukku. Hanya dari cerita sahaja dapat kukenali bagaimana datukku ketika hidupnya.

Mendengar cerita, diketahui betapa dalam cinta dan sayangnya terhadap datuk. Bercerita, hampir setiap  malam bermimpi jumpakan datuk. Bagiku, datuk sangat bertuah berkahwin dengannya. Walaupun, sudah lebih 30 tahun datuk meninggal dunia.

Setelah sakit sekian lama, strok kali ke-3 akhirnya membawa nenek mengadap Ilahi. Kudoakan nenek bahagia di sana. Mungkin rindu nenek pada datuk dah sampai ke puncaknya. Semoga roh nenek ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Ameen...

p/s : Al-Fatihah buat nenek.

No comments:

Post a Comment