Kadang-kadang kita rasa suka, menyampah pun ada tengok kawan-kawan Fb post status. Semuanya masuk dalam Home.
Jenis-jenis post di Fb :
1. Jenis yang bermanfaat
Kalau status tu, ada saja kata-kata nasihat, kata-kata yang baik yang boleh dijadikan renungan. Sama ada untuk diambil sebagai pengajaran ataupun teladan. Ada juga yang ambil post-post dari orang-orang terkenal seperti UAI, Suzardi Pakdi mahupun fanpage-fanpage Islamic gitu. Jadi, adalah juga pengisian jiwa untuk hari itu kalau kita baca.
2. Jenis tak ada kerja
Jenis macam ni, semua benda yang dibuatpun nak bagitau orang. Benda yang dia terfikir, teringatpun dia nak post. Padahal bukan penting, malah menyemak dekat home kita dengan status-status dia tuh.
3. Jenis promote atau jual barang
Jenis ni, kalau asyik la post barang-barang yang dia jual, promosi sana-sini, memangla kawan-kawan jauhkan diri. Kemudian, post dekat wall, apasal kawan-kawan dah kurang ataupun tak tegur dia dah. Lolz, lu pikirla sendiri.. Kalau lu nak jual barang, buatla page lain, yang ada jual barang-barang, join group orang berniaga, kat situ lu nak post berapa banyak lu punya barang yang lu jualpun orang tak heran.
4. Jenis pemberitahuan
Kadang-kadang Fb ni berguna kalau nak contact balik kawan-kawan lama. Kita boleh jumpa status yang ada update pasal-pasal tertentu. Contohnya, apa yang sedang terjadi dekat negara jiran kita. Ada juga yang kita boleh tahu keadaan terkini kawan kita bila dia masuk hospital, dia accident atau bersalin, dah selamat ke belum.
5. Jenis menunjuk-nunjuk
Jenis ni memang tak boleh blah. Mungkin niat dia setakat nak share, tapi bila dah kerap, kita rasa lain macam pulak. Kita tahula dia dah kahwin, dah ada anak dan hidup bahagia bersama laki tercinta. Tapi, tak perlula nak update hari-hari tunjuk yang kita sayang suami kita, ayat bunga-bunga, tunjuk macam kitalah yang terbaik segala-galanya. Kitalah orang yang paling bahagia. Dari rasa tumpang seronok, gembira tengok dia bahagia, dah jadi lain. Menyampah pulak bila tengok. Kalau tiap-tiap hari update ayat putus cinta tu bab lain.
Setakat ni saja idea kita, nanti bila ada lagi, kita sambung.
p/s : Kalau kita bahagia atau sedih, cukup-cukupla sekadar berkongsi sedikit. Jangan terlalu tunjuk yang kita bahagia, takut nanti ada yang tak senang hati dan mula merancang macam-macam. WallahuA'lam.

No comments:
Post a Comment